Hai semua,
pada mulanya saya hanya buat brownies suka suka sahaja, tapi at the end saya sudah menjual lebih dari 100box brownies menggunakan resepi ini. resepi ini saya olah dari pelbagai resepi, tapi kadang jadi kedutnya kadang idak mungkin kena masuk kelas baking baru tahu kenapa, or mungkin ada teknik sendiri
Bahan- Bahan
bahan A
150g butter
100g gula biasa
100g brown sugar
panas kan di atas api yang perlahan sampai di sekali mendidih(timbul buih buih ) ketepikan biar suam suam kuku
adunan B
60g coklat coin dark beryls
3 biji telur
masukkan 3 biji telur kedalam aduanan bahan A tadi selepas dia suam kuku ya, kacau manja, masukkan coklat dark tadi kacau sampai coklat cair.
Bahan C
150g tepung gandum
40g serbuk koko
1sk baking powder
1sk garam halus
ayak semua,
baru masukkan kedalam adunan B, kaup balik kaup balik je. siap!
panaskan oven selama 10 minit suhu 160c bakar selama 30minit
hidangkan lah,,
selamat mencuba
No comments:
Post a Comment